Tuesday, March 4, 2008

Berita Terkini

Bonda Datuk Awang Meninggal Dunia

Bonda kepada Datuk Dr Awang Adek , telah kembali ke rahmatullah, pada jam 10.30 mlm tadi (4/3/2008), di Pusat Rawatan Darul Naim, Kota Bharu , kerana sakit tua. Beliau berusia 81 tahun.

Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, menziarahi Jenazah Alahyarhamah pada jam 11.30 malam.

Semoga Allah mencucuri Rahmat Ke Atas Rohnya dan di tempat di sisi orang-orang yang soleh Amin..

Ucapan Takziah di ucapkan kepada seluruh keluarga Datuk Dr Awang Adek Hj Hussin.

Tuesday, February 26, 2008

Program Semasa

Majlis Ramah Mesra Wanita
Jajahan Bachok 2008
Pada : 1 hb Mac 2008
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna IKBN Tangok



Majlis Ramah Mesra Warga Emas
Jajahan Bachok 2008
Pada : 1 hb Mac 2008
Masa : 8.30 mlm
Tempat: Dewan Serbaguna IKBN Tangok
Dibawa khas
Datuk Aziz Satar dan Isteri - Dailog Keluarga Bahagia
Persembahan Khas Gambus Qasidah Indonesia
Anjuran Bersama
JPNIN/Jabatan Penerangan/PPD/IKBN/JASA/RT/K.Bestari/RELA
PIBG dan gabungan NGO jajahan Bachok

Galeri Foto YB Datuk Dr Awang Adek

Breakfast Meeting with Biotech Investor




Menyampaikan Keynote Address di International Takafful Summit 2007 di London pada 1-2 November 2007













Lawatan Rasmi Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri ke India pada 6 - 12 June 2006

















Friday, February 22, 2008

Kenapa Datuk Awang Perlu Menang?

KENAPA YB DATUK DR. AWANG ADEK HUSSIN PERLU MENANG DI PARLIMEN BACHOK UNTUK KALI KEDUA??????

1. Kerusi Parlimen Bachok buat julung kalinya, berjaya menduduki kerusi kabinet Malaysia. walaupun kali pertama menang, tetapi YB Datuk telah dipilih sebagai menteri kabinet. Ini merupakan petanda luar biasa untuk Masyarakat Bachok. Peluang ini perlu diteruskan dan dipertahankan.
2. Walaupun satu penggal, atau baru 3 tahun sebagai Ahli Parlimen dan sebagai Timb. Menteri Kewangan, tetapi telah banyak projek besar yang mampun di bawa ke bumi Bachok, seperti kampus Universiti Kelantan (UMK), kompleks haspital dan kolej kejururawatan Bachok, kolej Profesional MARA, perlabuhan Kemasin, Lebuh Raya Pantai Timur, dua buah sekolah menengah baru - Teratak Pulai dan Kubang Golok, serta lain-lain lagi. Sekiranya diberi peluang satu atau dua penggal lagi sudah tentu rakyat bachok dapat menikmati lebih banyak lagi projek untuk kesejahteraan rakyat.
3. YB Datuk Dr Awang Adek merupakan 'National Figure' yang sangat diperlukan dalam kepimpinan negara, khasnya dalam merangka dan menggerakkan perancangan ekonomi negara. juga bagi mempastikan ekonomi negara terus stabil dan tidak terancam dengan krisis ekonomi dunia yang sedang berlaku. Untuk Mempastikan negara mempunyai pemimpin yang berkualiti, rakyat bachok perlu berkorban dan mengekalkan YB Datuk Dr Awang Adek sebagai Ahli Parlimen Bachok untuk penggal yang kedua dan seterusnya.
4. YB Datuk Dr Awang Adek merupakan "pemimpin permata Melayu" kini, yang mempunyai masa depan kepimpinan yang amat besar. Bukan senang untuk mencari pemimpin. Satu dalam seribu belum tentu ditemui. Sekiranya rakyat Bachok memberi kemenangan untuk kali kedua, mungkin YB Datuk akan melonjak naik lagi di persada kepimpinan politik melayu tanah air. Mungkin akan berjaya dalam pemilihan MT UMNO, mungkin dilantik memimpin Perhubungan UMNO Kelantan, mungkin dilantik sebagai menteri penuh dan sebagainya. Perkembangan ini tentu sekali akan membawa perubahan besar kepada rakyat Bachok.
5. Kemenangan YB Datuk Dr Awng Adek di Parlimen Bachok untuk kali kedua, sudah tentu akam mempastikan semua projek yang sedang diusahakan untuk penduduk bachok, akan berjalan lancar tanpa halangan. Sayang seribu kali sayang andainya pisang berbuah dua kali. Bumi Bachok pernah melalui titik hitam itu, iaitu Kampus Universiti di Tangok, bertukar menjadi IKBN,Pusat Ko JPN dan sebagainya. Kalau menang, bukansaja projek yang ada dapat disiapkan dengan sempurna, malah mungkin banyak lagi projek lain yang bakal di bawa ke bachok. Tetapi kalau rakyat bachok tidak menyokong YB Datuk Dr Awang Adek dalam piliharaya ke 12 nanti, janganlah menyesal dan gigit jari nanti. Sesal dulu pendapatam ,sesal kemudian tidak berguna.
6. Kemenangan YB datuk Dr Awang Adek juga akan mempastikan bukan sahaja aspek pembangunan fizikal dapat di nikmati, bahkan pembangunan lain merangkumi agama, pendidikan, kesihatan, kebajikan dan sebagainya. Hanya pemimpin yang pintar sahaja mampu melakukan perubahan untuk rakyat.
Lantaran itu lah, Sekriteriat Bachok Baru (SEBARU), dengan hati penuh ikhlas dan bertanggung jawab, merayu dan mengajak penduduk Bachok seluruhnya, kecil besar, tua muda, lelaki perempuan, jauh dan dekat, supaya berganding bahu mempastikan semua pengundi Bachok memberikan keluhuran hati memilih YB Datuk Dr Awang sebagai Ahli Parlimen dalam piliharaya ke 12 nanti.
Damaikan hati kecil masing-masing, lupakanlah sentimen politik kepartian, pandanglah jauh ke hadapan, jangan gunakan hati yang panasa, Jangan kita jadi Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai
Peluang keemasan tak selalu datang dalam hidup ini. Sekali dia datang, jka kita tidak memanfaatkan, tentunya kita yang rugi, peluang keemasan akan berlalu begitu saja. Renung masa depan anak cucu kita di bumi Bachok ini, lakukan sedikit pengorbanan dalam pilihanraya nanti - ANDA MAMPU MENGUBAHNYA
YB Datuk Dr Awang Adek merupakan PERMATA BACHOK dan PELUANG KEEMASAN untuk masyarakat Bachok. Jangan sekali-sekali kita sia-siakan.

Thursday, February 21, 2008

Biodata Dato' Dr Awang Adek Hussin

BIODATA


YB. DATO’ DR. AWANG ADEK HUSSIN

TIMBALAN MENTERI KEWANGAN MALAYSIA






YB. Dato’ Dr. Awang Adek Bin Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, dilahirkan di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Perupok, Bachok, Kelantan dan selepas itu melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Pendidikan tinggi YB. Dato’ Dr. Awang Adek bermula di Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat di mana beliau telah dianugerahkan Ijazah Bachelor of Arts (Cum Laude) dalam bidang matematik dan ekonomi. Ini diikuti dengan Ijazah Masters of Arts dan Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi yang kedua-duanya diperolehi dari Wharton School, University Of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Setelah menamatkan pengajian di peringkat PhD, beliau memulakan kerjayanya di Universiti Sains Malaysia sebagai Pensyarah Ekonomi di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan mulai tahun 1983 hingga 1985. Kemudian beliau telah berpindah untuk bertugas di Bank Negara Malaysia pada tahun 1985. Di Bank Negara Malaysia, beliau telah diberi berbagai tanggungjawab dan jawatan, mula-mula di Jabatan Ekonomi sehinggalah menjadi Pengarah Jabatan Ekonomi pada tahun 1992 dan kemudian Pengarah Jabatan Pengawalan Bank pada tahun 1994.


Pada tahun 1996, YB. Dato’ Dr. Awang Adek dilantik sebagai Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia. Beliau menjawat jawatan berkenaan sehingga tahun 2001. Ketika menjadi Penolong Gabenor, beliau telah dipinjamkan kepada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) sebagai Ketua Pengarahnya yang pertama; satu jawatan yang dipikul mulai tahun 1996 sehingga tahun 1998. Pada tahun 2001, beliau telah bersara secara pilihan dari Bank Negara Malaysia untuk mencebur diri dalam bidang politik. Pada tahun 2002, beliau telah dilantik oleh Kerajaan sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad. Dalam masa yang sama beliau adalah juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tenaga Nasional Berhad, Royal Mint Exchange dan AKNMTech. YB. Dato’ Dr. Awang Adek juga telah diberi kepercayaan untuk menganggotai Lembaga Pengarah beberapa buah syarikat termasuk Pos Malaysia dan Services Holdings Berhad, Ya Horng Electronics Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Labuan International Financial Exchange Inc. dan Avenue Asset Berhad; selain menjadi Ahli Capital Market Advisory Committee di Suruhanjaya Sekuriti.

Semasa di Bank Negara Malaysia, YB. Dato’ Dr. Awang Adek telah diberi tanggungjawab menganggotai beberapa institusi kewangan dan organisasi termasuk Securities Commission (1999-2001), Malaysian Insurance Institute (1998-2001), Danaharta Oversight Committee ( 1999-2001), Danamodal Nasional Berhad (1998-1999), Labuan Development Authority (1997-1999), Amanah Saham Nasional Berhad PNB (1999-2001), Credit Guarantee Corporation (1994-1996), MECIB (1998-1999) dan Malaysian Natural Rubber Licensing Board (1992-1994).

Beliau juga aktif dalam aktiviti berpersatuan sejak di Universiti lagi. Beliau pernah menjawat jawatan Naib Presiden (1975-1976) dan selepas itu Presiden (1979-1980) Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Amerika Utara, Presiden Persatuan Staf Akademik USM (1983-1985), Pengerusi Koperasi Staf Bank Negara Malaysia (1992-1994), Timbalan Presiden Persatuan Anak Kelantan Lembah Kelang (2000-sekarang), Pengerusi Majlis Badan Bukan Kerajaan Kelantan (2001-sekarang).

Setelah meninggalkan Bank Negara Malaysia dan terlibat di dalam arena politik, YB. Dato’ Dr. Awang Adek telah dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bachok, Kelantan. Pada akhir tahun 2003, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Bachok. Pada 21 Mac 2004, beliau telah dipilih sebagai calon UMNO/Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi Parlimen Bachok. Beliau mencatat sejarah calon pertama dari UMNO yang memenangi kerusi Parlimen Bachok semenjak UMNO ditubuhkan 1946. Beliau telah diberi tanggungjawab menyertai Kabinet Malaysia pada 27 Mac 2004 apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada Jun 2004, beliau telah menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bachok. Pada September 2004 pula beliau telah memenangi kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Semasa rombakan kabinet Malaysia pada 14 Feb 2006, YB Dato’ Dr Awang Adek bin Hussin telah berpindah portfolio sebagai Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. YB. Dato’ Dr. Awang Adek telah berumahtangga dengan Y.Bhg. Datin Latifah Mohd Yusof dan mereka dikurniakan lima orang anak.

Wednesday, January 16, 2008

Aktiviti Semasa

Bengkel Pemantapan Rukun Tetangga Daerah Bachok dan Pasir Puteh 2008

Tarikh : 19 Januari 2008
Tempat : Dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh
Masa : 8.00 hingga 5.00 petang

Perasmian oleh : YB Datuk Dr Awang Adek Hj Hussin
Ahli Parlimen Bachok merangkap
Timbalan Menteri Kewangan, Malaysia

Panorama Bachok



Bangunan Mara