BIODATA
YB. DATO’ DR. AWANG ADEK HUSSIN
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN MALAYSIA
YB. Dato’ Dr. Awang Adek Bin Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, dilahirkan di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Perupok, Bachok, Kelantan dan selepas itu melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Pendidikan tinggi YB. Dato’ Dr. Awang Adek bermula di Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat di mana beliau telah dianugerahkan Ijazah Bachelor of Arts (Cum Laude) dalam bidang matematik dan ekonomi. Ini diikuti dengan Ijazah Masters of Arts dan Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi yang kedua-duanya diperolehi dari Wharton School, University Of Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Setelah menamatkan pengajian di peringkat PhD, beliau memulakan kerjayanya di Universiti Sains Malaysia sebagai Pensyarah Ekonomi di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan mulai tahun 1983 hingga 1985. Kemudian beliau telah berpindah untuk bertugas di Bank Negara Malaysia pada tahun 1985. Di Bank Negara Malaysia, beliau telah diberi berbagai tanggungjawab dan jawatan, mula-mula di Jabatan Ekonomi sehinggalah menjadi Pengarah Jabatan Ekonomi pada tahun 1992 dan kemudian Pengarah Jabatan Pengawalan Bank pada tahun 1994.
Pada tahun 1996, YB. Dato’ Dr. Awang Adek dilantik sebagai Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia. Beliau menjawat jawatan berkenaan sehingga tahun 2001. Ketika menjadi Penolong Gabenor, beliau telah dipinjamkan kepada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) sebagai Ketua Pengarahnya yang pertama; satu jawatan yang dipikul mulai tahun 1996 sehingga tahun 1998. Pada tahun 2001, beliau telah bersara secara pilihan dari Bank Negara Malaysia untuk mencebur diri dalam bidang politik. Pada tahun 2002, beliau telah dilantik oleh Kerajaan sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad. Dalam masa yang sama beliau adalah juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tenaga Nasional Berhad, Royal Mint Exchange dan AKNMTech. YB. Dato’ Dr. Awang Adek juga telah diberi kepercayaan untuk menganggotai Lembaga Pengarah beberapa buah syarikat termasuk Pos Malaysia dan Services Holdings Berhad, Ya Horng Electronics Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Labuan International Financial Exchange Inc. dan Avenue Asset Berhad; selain menjadi Ahli Capital Market Advisory Committee di Suruhanjaya Sekuriti.
Semasa di Bank Negara Malaysia, YB. Dato’ Dr. Awang Adek telah diberi tanggungjawab menganggotai beberapa institusi kewangan dan organisasi termasuk Securities Commission (1999-2001), Malaysian Insurance Institute (1998-2001), Danaharta Oversight Committee ( 1999-2001), Danamodal Nasional Berhad (1998-1999), Labuan Development Authority (1997-1999), Amanah Saham Nasional Berhad PNB (1999-2001), Credit Guarantee Corporation (1994-1996), MECIB (1998-1999) dan Malaysian Natural Rubber Licensing Board (1992-1994).
Beliau juga aktif dalam aktiviti berpersatuan sejak di Universiti lagi. Beliau pernah menjawat jawatan Naib Presiden (1975-1976) dan selepas itu Presiden (1979-1980) Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Amerika Utara, Presiden Persatuan Staf Akademik USM (1983-1985), Pengerusi Koperasi Staf Bank Negara Malaysia (1992-1994), Timbalan Presiden Persatuan Anak Kelantan Lembah Kelang (2000-sekarang), Pengerusi Majlis Badan Bukan Kerajaan Kelantan (2001-sekarang).
Setelah meninggalkan Bank Negara Malaysia dan terlibat di dalam arena politik, YB. Dato’ Dr. Awang Adek telah dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bachok, Kelantan. Pada akhir tahun 2003, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Bachok. Pada 21 Mac 2004, beliau telah dipilih sebagai calon UMNO/Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi Parlimen Bachok. Beliau mencatat sejarah calon pertama dari UMNO yang memenangi kerusi Parlimen Bachok semenjak UMNO ditubuhkan 1946. Beliau telah diberi tanggungjawab menyertai Kabinet Malaysia pada 27 Mac 2004 apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada Jun 2004, beliau telah menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bachok. Pada September 2004 pula beliau telah memenangi kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Semasa rombakan kabinet Malaysia pada 14 Feb 2006, YB Dato’ Dr Awang Adek bin Hussin telah berpindah portfolio sebagai Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. YB. Dato’ Dr. Awang Adek telah berumahtangga dengan Y.Bhg. Datin Latifah Mohd Yusof dan mereka dikurniakan lima orang anak.

No comments:
Post a Comment