KENAPA YB DATUK DR. AWANG ADEK HUSSIN PERLU MENANG DI PARLIMEN BACHOK UNTUK KALI KEDUA??????1. Kerusi Parlimen Bachok buat julung kalinya, berjaya menduduki kerusi kabinet Malaysia. walaupun kali pertama menang, tetapi YB Datuk telah dipilih sebagai menteri kabinet. Ini merupakan petanda luar biasa untuk Masyarakat Bachok. Peluang ini perlu diteruskan dan dipertahankan.
2. Walaupun satu penggal, atau baru 3 tahun sebagai Ahli Parlimen dan sebagai Timb. Menteri Kewangan, tetapi telah banyak projek besar yang mampun di bawa ke bumi Bachok, seperti kampus Universiti Kelantan (UMK), kompleks haspital dan kolej kejururawatan Bachok, kolej Profesional MARA, perlabuhan Kemasin, Lebuh Raya Pantai Timur, dua buah sekolah menengah baru - Teratak Pulai dan Kubang Golok, serta lain-lain lagi. Sekiranya diberi peluang satu atau dua penggal lagi sudah tentu rakyat bachok dapat menikmati lebih banyak lagi projek untuk kesejahteraan rakyat.
3. YB Datuk Dr Awang Adek merupakan 'National Figure' yang sangat diperlukan dalam kepimpinan negara, khasnya dalam merangka dan menggerakkan perancangan ekonomi negara. juga bagi mempastikan ekonomi negara terus stabil dan tidak terancam dengan krisis ekonomi dunia yang sedang berlaku. Untuk Mempastikan negara mempunyai pemimpin yang berkualiti, rakyat bachok perlu berkorban dan mengekalkan YB Datuk Dr Awang Adek sebagai Ahli Parlimen Bachok untuk penggal yang kedua dan seterusnya.
4. YB Datuk Dr Awang Adek merupakan "pemimpin permata Melayu" kini, yang mempunyai masa depan kepimpinan yang amat besar. Bukan senang untuk mencari pemimpin. Satu dalam seribu belum tentu ditemui. Sekiranya rakyat Bachok memberi kemenangan untuk kali kedua, mungkin YB Datuk akan melonjak naik lagi di persada kepimpinan politik melayu tanah air. Mungkin akan berjaya dalam pemilihan MT UMNO, mungkin dilantik memimpin Perhubungan UMNO Kelantan, mungkin dilantik sebagai menteri penuh dan sebagainya. Perkembangan ini tentu sekali akan membawa perubahan besar kepada rakyat Bachok.
5. Kemenangan YB Datuk Dr Awng Adek di Parlimen Bachok untuk kali kedua, sudah tentu akam mempastikan semua projek yang sedang diusahakan untuk penduduk bachok, akan berjalan lancar tanpa halangan. Sayang seribu kali sayang andainya pisang berbuah dua kali. Bumi Bachok pernah melalui titik hitam itu, iaitu Kampus Universiti di Tangok, bertukar menjadi IKBN,Pusat Ko JPN dan sebagainya. Kalau menang, bukansaja projek yang ada dapat disiapkan dengan sempurna, malah mungkin banyak lagi projek lain yang bakal di bawa ke bachok. Tetapi kalau rakyat bachok tidak menyokong YB Datuk Dr Awang Adek dalam piliharaya ke 12 nanti, janganlah menyesal dan gigit jari nanti. Sesal dulu pendapatam ,sesal kemudian tidak berguna.
6. Kemenangan YB datuk Dr Awang Adek juga akan mempastikan bukan sahaja aspek pembangunan fizikal dapat di nikmati, bahkan pembangunan lain merangkumi agama, pendidikan, kesihatan, kebajikan dan sebagainya. Hanya pemimpin yang pintar sahaja mampu melakukan perubahan untuk rakyat.
Lantaran itu lah, Sekriteriat Bachok Baru (SEBARU), dengan hati penuh ikhlas dan bertanggung jawab, merayu dan mengajak penduduk Bachok seluruhnya, kecil besar, tua muda, lelaki perempuan, jauh dan dekat, supaya berganding bahu mempastikan semua pengundi Bachok memberikan keluhuran hati memilih YB Datuk Dr Awang sebagai Ahli Parlimen dalam piliharaya ke 12 nanti.
Damaikan hati kecil masing-masing, lupakanlah sentimen politik kepartian, pandanglah jauh ke hadapan, jangan gunakan hati yang panasa, Jangan kita jadi Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai
Peluang keemasan tak selalu datang dalam hidup ini. Sekali dia datang, jka kita tidak memanfaatkan, tentunya kita yang rugi, peluang keemasan akan berlalu begitu saja. Renung masa depan anak cucu kita di bumi Bachok ini, lakukan sedikit pengorbanan dalam pilihanraya nanti - ANDA MAMPU MENGUBAHNYA
YB Datuk Dr Awang Adek merupakan PERMATA BACHOK dan PELUANG KEEMASAN untuk masyarakat Bachok. Jangan sekali-sekali kita sia-siakan.